PULAU SEMBILAN | |
Pulau Sembilan adalah kawasan yang terdiri daripada satu kelompok (sembilan) 9 pulau-pulau yang indah iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Saga, Pulau Batu Hitam dan Pulau Batu Putih, terletak kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Pulau Sembilan tidak mempunyai penginapan. |
|
RASIONAL PENUBUHAN TAMAN NEGERI | |
![]() |
Pulau Sembilan terletak di pertengahan jalan di sepanjang Selat Melaka. |
![]() |
Di sepanjang laluan Selat Melaka hanya terdapat satu Taman Laut iaitu Taman Laut Pulau Payar di Langkawi. |
![]() |
Berbanding dengan Pulau Payar, Pulau Sembilan mempunyai lebih banyak pulau untuk diterokai. |
![]() |
Jarak dari Kuala Lumpur ke Belum lebih dekat berbanding dengan jarak antara Kualau Lumpur ke Langkawi. |
![]() |
Pulau Sembilan adalah bukan sahaja kaya dengan khazanah laut tetapi juga dianugerahkan dengan hutan hijau yang subur yang penuh dengan flora dan fauna merupakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti rekreasi (darat dan air) serta aktiviti penyelidikan. |
MATLAMAT | |
![]() |
Untuk menghasilkan produk pelancongan eko-marin di Perak. |
![]() |
Menyediakan peluang pekerjaan baru dalam sektor eko-pelancongan kepada masyarakat setempat. |
![]() |
Merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan setempat seperti Pulau Pangkor, Lumut, Bagan Datoh dan Ipoh. |
![]() |
Membuka pusat penyelidikan Bio-marin kepada IPTA/IPTS. |
![]() |
Memantapkan lagi industri perikanan dan penghasilan ikan melalui penyelidikan. |
KEKUATAN PULAU SEMBILAN | |
![]() |
Mempunyai banyak destinasi eko-marin di rangkaian pulau-pulaunya. |
![]() |
Memperoleh liputan talian komunikasi Maxis dan Celcom, ini boleh membantu dalam aspek telekomunikasi dan internet. |
![]() |
Mempunyai sumber air tawar di Pulau Lalang dan Pulau Rumbia. |
![]() |
Berhampiran dengan pusat pelancongan Pulau Pangkor dan Lumut yang memiliki hotel-hotel mewah dan sederhana. |
![]() |
"Blue tears" di Pulau Lalang. |