CARA UNTUK KE SANA


Perjalanan anda bermula di sini. Kami telah menyediakan panduan yang mudah untuk sampai ke Pulau Sembilan, sama ada anda melakukan perjalanan dengan pengangkutan sewa khas, bas atau pandu sendiri.
DARI IPOH
Perjalanan dari Ipoh mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan perjalanan sekitar 82km. Terdapat banyak  papan tanda yang jelas yang membawa anda ke arah pekan Lumut untuk menuju ke Jeti.
 
DARI KUALA LUMPUR
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Bermula dengan dari laluan Lebuhraya Utara Selatan menuju arah Utara sehingga susur keluar  Ipoh Selatan. Kemudian teruskan perjalanan menuju ke Lebuhraya Ipoh-Lumut dan terdapat banyak papantanda yang jelas membawa anda ke arah Pekan Lumut.
 
DARI PULAU PINANG
Bermula dengan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan menghala Selatan, perjalanan ke Pekan Lumut mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dengan jarak perjalanan sekitar 230km. Keluar di susur keluar Ipoh Utara dan terus menuju ke Lebuhraya Ipoh-Lumut. Dari susur keluar tersebut perjalanan lebih kurang 1 jam dan ikut arah papantanda di sepanjang jalan.
 

  SENARAI SEMAK PENTING UNTUK PERJALANAN KE PULAU SEMBILAN

First aid travel kit dan ubat-ubat peribadi
Tripod kamera anda (untuk memudahkan anda mengambil gambar)
Penghalau Nyamuk (ubat Nyamuk)
Baju Hujan, Baju Tebal dan Payung
Lampu atau lampu suluh
Pakaian Kering dengan Beg Kalis air (aqua bag)
Kasut Sukan dan yang selesa digunakan
Pancing (bagi mereka yang merancang untuk memancing)

  KECEMASAN & PERUBATAN - PULAU SEMBILAN

Jika berlaku kes kecemasan, sila rujuk butir-butir di bawah:

  1. Polis (IPD Hilir Perak - Teluk Intan) – 05 623 3969
  2. Balai Polis Bagan Datoh – 05 646 6222
  3. Polis (IPD Manjung - Lumut) – 05 689 9222
  4. Perubatan (Hospital Sri Manjung) – 05 689 6600
  5. Perubatan (Hospital Teluk Intan) – 05 621 3333

Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Jeti Awam Lumut(Google Map Link)


Lokasi Berlepas Ketibaan Pengangkutan Jarak
  • Lapangan Terbang KLIA
  • Lapangan Terbang P. Pinang
  • Lapangan Terbang Sultan Azlan Ipoh
  • Malindo Air
  • Firefly
  • 252 km
  • 161 km
  • Stesen Bas Jalan Duta
  • Stesen Bas Lumut
  • Transnasional
  • Sri Maju Ekspress
  • Arwana Ekspress
  • Ekspress Kesatuan
  • 209 km
  • Stesen Bas Ipoh
  • Stesen Bas Lumut
  • Perak Rightway
  • Ipoh Transit
  • 82 km
  • Stesen Bas Butterwoth
  • Stesen Bas Lumut
  • Transnasional
  • Sri Maju Ekspress
  • 227 km

 

 

  • Teksi

 

 

 

  • Pandu Sendiri

 

  • KL Central
  • Stesen Keretapi Ipoh
  • Keretapi
  • 206 km
  • Stesen Keretapi Butterwoth
  • Stesen Keretapi Ipoh
  • Keretapi
  • 145 km
  • Kemasukan ke Pulau Sembilan Dari Jeti Lumut adalah menggunakan Bot.

 

KLIK UNTUK KE PULAU SEMBILAN