SYARAT & PERATURAN
Permit kemasukan adalah melalui Perbadanan Taman Negeri Perak. Jumlah orang, nama, no. i.c., alamat, no.telefon dan tarikh kemasukan hendaklah disertakan.
   
PERATURAN-PERATURAN SEMASA BERADA DI DALAM KAWASAN TAMAN NEGERI TAMAN ALAM KINTA
Semua pelawat-pelawat dan pengunjung serta sesiapa sahaja adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut semasa berada di dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum. Tiada seorang pun boleh, kecuali seperti yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini, berada di Taman Negeri -
   
1. Tidak boleh memburu, menjerat dan menangkap hidupan liar.
2. Tidak boleh menangkap ikan dengan memukat,menjala, teknik bom, kejutan elektrik,panah, racun, bubu dan teknik-teknik bersalahan dengan kaedah perikanan.
3. Tidak boleh melakukan aktiviti yang menghasilkan bunyi yang melampau dan mengganggu burung dan pelancong.
4. Tidak boleh guna kemudahan dalam kawasan tanpa kebenaran.
5. Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata.
6. Tidak boleh keluarkan apa-apa spesies flora dan fauna.
7. Tidak boleh menebang dan memusnahkan pokok-pokok.
8. Tidak boleh membawa haiwan ke dalam kawasan.
9. Perlu ada kebenaran dari perbadanan untuk menjalankan penyelidikan.
10. Keperluan untuk memohon permit untuk memasuki Taman Alam Kinta.
11. Fi dan Caj akan dikenakan apabila Perbadanan telah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.